Sunday, September 30, 2012

Bila Dah Kerja, Baru Tahu Erti Penat Cari Duit.

Assalammualaikum...>.<


Kali ni memang super duper triple double berganda ganda lama Nody tak update blog. Sejak jadi wanita yang bekerjaya lagi berdedikasi ni, balik kerja terus serbu katil dulu. Konon nak baring baring lepas penat sekejap, Tapi lantas TERtidur sampai esok pagi. Itula rutin harian Nody. -.-''


Ha'ah, Nody baru je mula kerja lepas raya haritu. Ni la kerja pertama Nody. First time ada pengalaman kerja memang penat tak ingat. Lepas sampai rumah, haruslah katil dulu yang pertama dicari.. Hehe.
dulu masa belajar memang tak fikir dah hal duit ni. Pergi Atm, cucuk,tekan tekan keluar la duitnya. Sekarang dah kerja, nak pergi cucuk duit kat Atm pun takut takut. takut duit makin kurang. Ye adik adik, penat tau mak ayah kita siang malam kerja cari duit untuk tangung anak- anak. Even Nody ni single trang tang tang lagi, rasa susah jugak nak saving tiap tiap bulan.


Dulu kecik kecik, nak apa- apa main order je. Kalau tak dapat, mula la nangis hentak hentak kaki. Comel bukan? -.-'' .Xde fikir pun macam mana mak ayah Nody cari duit. Sekarang mula dah merasa semua tu. Insaf sekejap XD. So pada adik adik sekarang ni, beringatlah dulu sebelum terlambat. Pesanan ikhlas dari kakak Nody,,, Ececeh... *blushing*


Terima kasih sudi baca :)

Saturday, August 11, 2012

Penipuan PrelaunchX?

Assalamualaikum...

Baru baru ni wall Fb Nody penuh dengan kawan kawan yang offer untuk follow diorang masuk program ni. Satu sign up boleh dapat USD100 katanya. Nody cuma tengok sahajalah sebab memang tak berapa ada kekuatan nak follow.. ececehh..



So, Nody try google sebab nak tau apa sebenarnya fungsi program yang baru diperkenalkan ni. Tapi lepas baca sana sini, Nody nampak banyak respon yang negatif. Tapi tak tau la betul ke tidak. Cuma minta untuk berhati hati. Takut kecewa kalau tak dapat apa yang ditawarkan dalam PrelaunchX ni.


Prelaunch ni berfungsi dengan cara meminta kita cari orang untuk sign up secara percuma dan kita akan dapat bonus atau komisen. Ikut la berapa ramai bawah kita. Lagi ramai, lagi banyak komisen. Tapi lepas PrelaunchX lancar website, mungkin bulan 8, pihak mereka mungkin akan minta kita beli barangan yang mereka jual pada harga tertentu.So, orang bawah pun kena beli jugak la kalau nak dapat komisen diorang. Lebih kurang macam login FB dapat RM100 jugak la kot...Oleh itu, jangan terlalu berharap sangat, nanti kecewa di lain hari...



p/s: Hanya sekadar pendapat. :)

Terima kasih sudi baca :)

Friday, August 10, 2012

Kejar publisiti Murahan!

Assalammualaikum...


Beberapa minggu lepas kecoh tentang Sore eyes mc 5 day  di youtube.Ala, yang duck face tahap melapau tuh.  Nody ada la intai intai video tu. Memang macam mintak penampar 100km/j. Tak faham motif dia buat macam tu. Terasa diri comel barangkali. Comel celah mana pun Nody tak tau. Kalau dia buat untuk mencapai tahap kefemesan yang tinggi, memang dah femes pun. Siap ada parody dengan page lagi. Tahniah dik!


Tu baru 1 kes, ni kes yang lagi 1. Panas lagi kes ni. 






Ha, acane tu? Pandelela dapat pingat. Gangsa pun pingat jugak kan? Berani ke idak? haha

Ni lah contoh manusia yang takde semangat kesukanan lansung. Tau nak kutuk je. Entah sukan sekolah pun tak lepas agaknya. Akaun facebook pun dah tutup. Takut lettew...

Terima ksih sudi baca :)