Friday, April 29, 2011

si pemandu teksi.


assalamualaikum.
selamat petang..;)

Ketika sedang asyik stress baca buku,tuan blog tiba2 teringat masa kali pertama menjejakkan kaki ke Uitm Shah Alam ni.jumlah pelajar yang ramai,membuatkan tuan blog boleh melihat pelbagai gelagat dan reaksi pelajar2 disini.
macam -macam hal..!

Tapi bukan isu pelajar yang tuan blog nak ceritakan ,tetapi isu si pemandu teksi.kalau di sini jarang ada teksi luar yang boleh masuk,kerana  telah disediakan teksi khas untuk pelajar2 uitm iaitu teksi kenari.

Tuan blog hanya pernah beberapa kali sahaja menggunakan perkhidmatan teksi kenari ini kerana tambang yang dikenakan agak mahal.serius mahal! tapi bukan nak cerita soal tambang.

Terjadinya kisah apabila tuan blog bersama - sama beberapa orang teman ingin keluar outing. tunggu bas punya la lama. habis cair make up. ok tipu. masa tu semester pertama,tak reti lagi nak make up2 ni..!

Ok sambung balik. nak dijadikan cerita, seorang teman telah mencadangkan untuk menggunakan perkhidmatan teksi kenari. memang pada masa tu berbaris- baris teksi kenari sedang menunggu pelanggan..ok.ayat skema jawapan..

So dengan beraninya tuan blog pergi la bertanya kan pada si pemandu teksi ni.

Tuan blog : pakcik,pergi seksyen 7 tak?
Si pemandu teksi : hanya diam sambil membelek2 surat khabar yang di pegang.
Tuan blog : (pakcik ni xdengar ke.nak kata pasang radio kuat2 tak pula).pak cik..oo pak cik..pergi seksyen 7 tak?
Si pemandu teks i: hmm..berapa orang? (tanpa memandang tuan blog) 
Tuan blog : (cis pakcik ni,tau la saya ni tak cantik,kalau ye pun pandang le masa cakap dengan orang,tak mesra pelanggan langsung) 4 orang pakcik.
Si pemandu teksi : hmm boleh.

Selepas itu,tuan blog panggil la kawan2 sebab pakcik tu boleh hantar ke destinasi kitaorang. tapi masa tu kami  ni berebut2 nak duduk di belakang sebab ramai yang kata pakcik teksi di sini gatal2..opss

Pas tu nak tau apa jadi? pakcik tu sound kiteorang. gila kentang pakcik ni.

Si pemandu teksi : ha..kalau korang nak berebut2 duduk belakang,keluar! pergi cari teksi lain.lagi satu,lain kali kalau nak naik teksi ni,panggil aku abang!

Ok.OMG.abang? hey..pakcik dah tua ok..dah sebaya dengan umur ayah kitaorang, ada hati nak suruh panggil abang. gelilah!

Pastu kitaorang terus keluar dari teksi tu.pelajar2 lain pelik sebab kitaorang dah siap duduk dalam teksi tu,tapi kitaorang keluar balik. ok lepas tu sumpah tak nak naik dah teksi kenari ni. huh! 



Wednesday, April 27, 2011

pening itu seronok sangat!


assalamualaikum..
hehe

pening itu seronok sangat!
boleh buat gelak sorang2.
 *tangan di kepala,mata terkebil2 bling2*

sekarang tengah study,,

betul la tengah study ni..!

pening dengan perkataan.

pluralistik.

asimilasi.

segregasi.

ideologi.

integrasi.

modenisasi.

dan banyak lagi..

ape kebendenya semua ini?!

ooh..nape la subjek ni guna ayat bunga2 cinta..

kesimpulan: tidur! huh! 

ok tak jadi tidur.

sok nak jawab ape..-.- 



1st paper.


assalamualaikum...:)
selamat hari rabu malam khamis.
selamat men-study-kan-diri

ok dah..

tadi 1st paper..
memang awal gile tunggu depan dewan peperikasaan sambil menghafal nota- nota yang semakin hilang dalam otak ni haaaa....

exam mula 9.00a.m waktu malaysia..
tapi dah terpacak depan dewan exam kul 7.30...
awal kan?
kan?
kan? 

bila masuk dewan.
hati mula la x keruan.
gelisah .
resah.
takut.
macam - macam ada  ! 

then bila dah jawab...rasa tak sabar nak habis..
dah la dewan tu sejuk.
macam nak pakai selimut je masa jawab exam !

ha,lagi satu,nak pergi toilet..1st time guna dewan baru..
so,memang tak tau la kan toilet kat mana...

tanda arah tunjuk belah kiri..
bila cari xde lak toilet ni..
mau 10minit pusing2 blok cari tandas...haiyaa...
rupenya tandas berada di belah KANAN!
cis..! 



Saturday, April 23, 2011

tindih menindih


assalamualaikum,
selamat hari sabtu..;)

baru bangun tidur..
nasib baik boleh lagi update blog ni.
sebab?

tadi masa tidur kena tindih.
dengan,
 makhluk halus  -.-

bila kena tindih tu serius xboleh nak bernafas langsung..
dah la tinggal sorang2 je.

baca ayat kursi pun dah jadi tunggang terbalik.

ada pengalaman kena tindih akan nampak "benda alah" tu, 
dan kadang2 xnampak,cuma gelap je.

pernah satu hari tu tidur,
pas tu kena tindih.
rasa macam dah jerit je kat roommate, 
sampai hilang suara,
then bila dah sedar,
tanya kt roommate,
dengar x jerit panggil nama dia,
dia cakap tak .-.- 

start kena tindih,dari tingkatan 4 sampai sekarang..
orang tua2 cakap kalau dah start kena,
"benda alah" tu akan tetap ikut.
ya allah...xlarat dah -.-
sesak nafas

p/s before tidur amalkan baca surah,ayat kursi dan doa tidur..;)


Monday, April 18, 2011

alergi

assalammualaikum...;)

korang ada alergi x?
mengikut pengalaman tuan blog,ramai gak yang ada alergi ni.,..
ada yang alergi pada makanan.

xleh makan daging,sotong,udang,siput..senang cerita semua jenis seafood.,,..;)


ada juga yang alergi xleh kena aircond..kalau kena naik gatal2..erk..apakah...?

ada juga yang alergi pada habuk...
kalau kena habuk,mau gatal2 hidung tu...
rasa nak bukak hidung,pastu bersihkan,pastu sambung balik...
hahahaha....angan2 tinggi kemain.

dan ada juga alergi pada cinta...
erk lagi....


tuan blog pun ada alergi juga...
ce teka ce teka?
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
ok..tuan blog alergi pada pencuci muka,dan juga bedak..
ooohh.....sigh*

serius xboleh nak pakai pencuci muka...xkisah lah brand ape pun...
safi,biore,fair n lovely,eversoft,nivea....bla..bla..bla....

apeeeee pun xboleh !

kesan kalau pakai?

jerawat berlumba2 kot keluar..

pastu kalau bedak pun xleh pakai bedak padat atau dikenali sebagai bedak compact. atau compact powder..hehe

serius xleh...kesannya adalah sama dengan kalau pakai pencuci muka...
=.=

dah tu,tuan blog nak pakai apa kan?
hukhuk...sedih...:(




Saturday, April 16, 2011

tabiat ketika menjelang peperiksaan


assalamualaikum...;)

tinggal berapa minggu lagi untuk final exam ni..
ilmu belum cukup lagi..
haish,

tabiat kite(kite tu means saya) gedik lak ai nk gne kite ni kan...-_-''...kite bile dah dekat2 nak exam ni la baru nak print notes bagai...baru nak print past year questions..baru nak bertungkus lumus belek buku..adeh.boleh pening kepala kalau cam ni. tapi yang paling kritikal,dah nak dekat2 exam ni la jadi rajin lak tidur..haha..pagi tengah hari,malam, asyik nak tidur je..dan yang paling ngeri,selera makan makin hilang..alahai..cm ne la nak naik berat badan kalau cam ni..makin kering lagi ada..huh!

ok dah..tu je nak cakap..malas lak nak tulis...-_-''

Monday, April 11, 2011

bukit gambang water park


assalammualaikum.
selamat malam.
selamat hari ahad.

malam yang sepi ni tuan blog nak update pasal pergi bukit gambang water park.

memang dah lama pergi tapi baru hari ni nak tunjuk kt korang..
aah..lama..
lama lah..
ok...
memang dah lama. 
;)

pergi tu dalam pukul 9 cm tu..then balik pukul 6 sebab tempat tu tutup pukul 6...
wahaha...lama kot mandi...
ok..solat tak lupa..
;)


  mereka memang rajin berposing,
tengok tuan blog ngan mak tu haa...
rilek je bace paper...-_-

 ya..mereka lagi...









ombak sepoi2 bahasa 

 ok..ni nama dia terowong...
terowong...ape ea..jap2...
hmmm..terowong...
entah tak ingat...-_-''

kanak2 je boleh main kat sini..orang dewasa xleh...
nak jugak?
ala...air paras buku lali je kot...
x ganas la korang ni...-.-

 ombak besar

lari-lari...





ok dah..ada lagi tempat kat atas..terowong2 bagai..banyak juga la...
memang best..
tapi tuan blog tak ambil gambar kat sana sebab syok jerit2 main air...
best2...


nota water park: nak request,wat reunion kt sni boleh enggak...theheheh...;)

Saturday, April 9, 2011

lelaki dan wanita



assalamualaikum....
selamat hari sabtu....;)

disebabkan keboringan,tuan blog rasa macam terpanggil2 nak update blog ni ha...

mesti korang dah biasa berdebat pasal lelaki dan perempuan kan.?
dan semestinya jantina masing2 yang nak menang..
dan..
tuan blog semestinya memilih perempuan untuk menang.
sebab tuan blog ni perempuan...
awww....


>> perempuan kalau pergi mana2.boleh pegang2 tangan..nak lintas jalan ke,nak naik bas ke,nak jalan2 kt shopping mall ke...mana2 je la...boleh pegang tangan TAPI kalau lelaki lintas jalan pegang tangan? just 1 word...
eeuwwwww... !


>> perempuan kalau jumpa dengan kawan2 lama mesti boleh tergedik2..means boleh la jerit2 teruja..TAPI kalau lelaki jumpa kawan lama then wat teruja melampau? 
eeuwwww....!

>> perempuan kalau jumpa kawan boleh salam2 then main laga2 pipi (ok,tuan blog jarang wat cm ni) TAPI kalau lelaki wat laga2 pipi? ohh...comels je kan...? 
eeuwww lagi !

>> perempuan boleh mengumpat2 means bergosip2,tak kira lah dalam bas ke,dalam kelas ke,dalam toilet ke..ok senang cerita semua tempat perempuan ni boleh bergosip...TAPI kalau lelaki yang bergosip,kaum wanita akan..ehem2..wat the...kaum wanita akan ternganga mungkin.....
eeuwwww...!

>> perempuan kalau bercerita tak sah kot kalau tangan tu tak bergerak..ok ! jangan jadi biru blue2 sangat..bergerak tu means kalau bercerita ada la cam tepuk tampar sikit2,cubit sikit2 kan? TAPI kalau lelaki bercerita sesama mereka,then ada adegan tepuk tampar manja2,cubit-cubitan...apa kata wanita....? 
eeuuuwww lagi  !

>> perempuan boleh la merajuk,touching2 sikit dengan bf or sape2 jela..TAPI kalau lelaki merajuk?..dush2.
eeuuuwww...! 

>> perempuan kalau naik motor,orang belakang boleh peluk2,means peluk la pinggang orang depan untuk keselamatan TAPI kalau lelaki dengan lelaki naik motor bersama then orang belakang peluk pinggang orang depan...pastu mesti  mak cik joyah (bukan nama sebenar)  cakap cm ni "owww....cute nye korang....!" tak ke berlaku fitnah disitu..haha.... 
euuuwww !



 ok dah habis merepek..bye2 korang,selamat berhujung minggu...;)



nota wanita: hari ini hari sabtu.

Wednesday, April 6, 2011

semut

 assalamualaikum...

tuan blog mahu update blog ni...
boleh tak?
ok..nak update juga.
xkira !
;)

korang pernah tak dengar,nenek,mak sedara,atuk belah mak,sepupu,jiran sebelah rumah,cikgu sekolah rendah,tok mudim,tok penghulu,uncle jual aiskrim,hantu kak limah...bla..bla..bla..bla....
cakap macam ni..
"jangan minum air yang dah masuk semut tu.nanti bOdoh macam semut !"
hey...
semutlah mahkluk paling cerdik...
rasanya la...


pernah tak pernah tak?
mesti pernah punya kan..
jangan tipu.
angguk sekarang.
bagus.
tapi betul ke?

setelah di godek2 dalam google..
inilah jawapan yang dicari2...





 secara saintifiknya,semut ni mempunyai sejenis cecair atau asid didalam badannya yang boleh melemahkan ingatan dan meggelapkan hati manusia jika kita terminum minuman yang mengandungi semut..

haaa..gitu..
patut la 2 hari lepas lupa ingatan..
cis2 kat semut..-.-

jawapan ni setelah di google2..
kalau salah tolong betulkan..
;)
sekian dari bilik berita. 

nota semut: enjit2 semut,sape sakit naik atas. 

Tuesday, April 5, 2011

negeri yang xpernah saya lawati.


assalamualaikum...;)

lama dah x update blog ni..
kan?

ok..nak cerita tentang negeri yang belum  dilawati..
antaranya:

:: perlis ::
ok..memang xpernah pergi perlis..jaaaauh kot...jauh ke? jauh la...-.-

:: kelantan ::
masih belum sampai...kalau dari pahang berapa jam ea?..6 jam kot? ke bukan?

:: terengganu ::
ya..masih belum juga...ramai cakap terengganu best..teringin nak pergi...ada sape2 nak bawak x..(wat muka comel)..:D

:: sabah :: 
memang sangat tak pernah ni..heee....bila agak2 boleh terbang ke sana...bolehbahkalaukau...;)

:: sarawak ::
ok..jawapan sama seperti di atas...malas nak taip balik...

ok..4 je...yang lain semua dah pergi kot....tapi ade je yang lalu je...xsinggah...kire dah lawat la tu kan...

 

rajinnya tuan blog..siap donlod map malaysia lagi nak bg korang tengok...
kan?


nota update blog:  xde motif dan xde kerja..........................................sekian...................................................



Friday, April 1, 2011

Hanya Cinta Dari Jauh


assalamualaikum...;)

disebabkan entry kali ni ada unsur2 jiwang,
tuan blog mulakan ayat dari tepi....
baru la feeling..
ye tak??
hahaha...
ok2 dah..
ambik mood dulu...
-.-

Jatuh cinta memang suatu yang indah tetapi ianya juga adalah suatu perasaan yang menyakitkan apabila cinta itu tidak dibalas.Dan jatuh cinta pada seorang teman yang amat rapat atau amat kita kenali adalah satu situasi yang sukar untuk ditafsirkan oleh kata kata.Kadang ianya boleh diterima akal apabila kita terlalu rapat dengan si dia sehingga tanpa kita sedari ianya sedikit sebanyak membibitkan perasaan sayang dan cinta terhadap si dia.

Sudah menjadi lumrah, untuk menyukai seseorang hanyalah mengambil masa yang singkat,walhal untuk melupakan seseorang yang kita sayangi adalah sangat sukar dan mengambil masa yang amat panjang.

Situasi yang paling sukar ditangani oleh kita adalah apabila kita telah mula menyayangi kawan,teman atau orang yang paling dekat kita.Boleh dikatakan apabila bertemu dengan si dia,walaupun dalam kelompok rakan2 yang lain,diri  akan merasakan satu debaran yang cukup kuat apatah lagi sesekali bertentang mata dengan si dia.

Amat perit untuk menyintai si dia dalam diam kerana terpaksa menyimpan kata hati yang meronta.Setiap pergerakan si dia sentiasa menjadi buruan mata. Setiap kata si dia sentiasa menjadi tumpuan.Terkadang perasaan cemburu mula terasa pabila si dia bersama dengan orang lain.Amat perit yang dirasakan oleh hati,saat itu hati rasa berkecai namun masih mengharapkan cinta dibalas.

Orang yang kamu cintai,walaupun cinta itu hanyalah diri kamu sahaja yang merasainya,hanya melihatnya sahaja sudah memberi kekuatan dalam diri.tapi sampai bilakah perasaan cinta dan sayang itu harus disimpan sendirian? Namun,dimana kekuatan itu,kekuatan untuk kamu menyatakan perasaan sebenar dari hati kamu kepada si dia?

Mungkin kamu merasakan kamu selesa dalam keadaan begini.Cintailah si dia hanya dalam hati .Jika inilah yang kamu mahu,simpanlah perasaan kamu hanya di dalam hati . Hanya Cinta Dari jauh.~