Friday, April 1, 2011

Hanya Cinta Dari Jauh


assalamualaikum...;)

disebabkan entry kali ni ada unsur2 jiwang,
tuan blog mulakan ayat dari tepi....
baru la feeling..
ye tak??
hahaha...
ok2 dah..
ambik mood dulu...
-.-

Jatuh cinta memang suatu yang indah tetapi ianya juga adalah suatu perasaan yang menyakitkan apabila cinta itu tidak dibalas.Dan jatuh cinta pada seorang teman yang amat rapat atau amat kita kenali adalah satu situasi yang sukar untuk ditafsirkan oleh kata kata.Kadang ianya boleh diterima akal apabila kita terlalu rapat dengan si dia sehingga tanpa kita sedari ianya sedikit sebanyak membibitkan perasaan sayang dan cinta terhadap si dia.

Sudah menjadi lumrah, untuk menyukai seseorang hanyalah mengambil masa yang singkat,walhal untuk melupakan seseorang yang kita sayangi adalah sangat sukar dan mengambil masa yang amat panjang.

Situasi yang paling sukar ditangani oleh kita adalah apabila kita telah mula menyayangi kawan,teman atau orang yang paling dekat kita.Boleh dikatakan apabila bertemu dengan si dia,walaupun dalam kelompok rakan2 yang lain,diri  akan merasakan satu debaran yang cukup kuat apatah lagi sesekali bertentang mata dengan si dia.

Amat perit untuk menyintai si dia dalam diam kerana terpaksa menyimpan kata hati yang meronta.Setiap pergerakan si dia sentiasa menjadi buruan mata. Setiap kata si dia sentiasa menjadi tumpuan.Terkadang perasaan cemburu mula terasa pabila si dia bersama dengan orang lain.Amat perit yang dirasakan oleh hati,saat itu hati rasa berkecai namun masih mengharapkan cinta dibalas.

Orang yang kamu cintai,walaupun cinta itu hanyalah diri kamu sahaja yang merasainya,hanya melihatnya sahaja sudah memberi kekuatan dalam diri.tapi sampai bilakah perasaan cinta dan sayang itu harus disimpan sendirian? Namun,dimana kekuatan itu,kekuatan untuk kamu menyatakan perasaan sebenar dari hati kamu kepada si dia?

Mungkin kamu merasakan kamu selesa dalam keadaan begini.Cintailah si dia hanya dalam hati .Jika inilah yang kamu mahu,simpanlah perasaan kamu hanya di dalam hati . Hanya Cinta Dari jauh.~

No comments:

Post a Comment