Friday, April 29, 2011

si pemandu teksi.


assalamualaikum.
selamat petang..;)

Ketika sedang asyik stress baca buku,tuan blog tiba2 teringat masa kali pertama menjejakkan kaki ke Uitm Shah Alam ni.jumlah pelajar yang ramai,membuatkan tuan blog boleh melihat pelbagai gelagat dan reaksi pelajar2 disini.
macam -macam hal..!

Tapi bukan isu pelajar yang tuan blog nak ceritakan ,tetapi isu si pemandu teksi.kalau di sini jarang ada teksi luar yang boleh masuk,kerana  telah disediakan teksi khas untuk pelajar2 uitm iaitu teksi kenari.

Tuan blog hanya pernah beberapa kali sahaja menggunakan perkhidmatan teksi kenari ini kerana tambang yang dikenakan agak mahal.serius mahal! tapi bukan nak cerita soal tambang.

Terjadinya kisah apabila tuan blog bersama - sama beberapa orang teman ingin keluar outing. tunggu bas punya la lama. habis cair make up. ok tipu. masa tu semester pertama,tak reti lagi nak make up2 ni..!

Ok sambung balik. nak dijadikan cerita, seorang teman telah mencadangkan untuk menggunakan perkhidmatan teksi kenari. memang pada masa tu berbaris- baris teksi kenari sedang menunggu pelanggan..ok.ayat skema jawapan..

So dengan beraninya tuan blog pergi la bertanya kan pada si pemandu teksi ni.

Tuan blog : pakcik,pergi seksyen 7 tak?
Si pemandu teksi : hanya diam sambil membelek2 surat khabar yang di pegang.
Tuan blog : (pakcik ni xdengar ke.nak kata pasang radio kuat2 tak pula).pak cik..oo pak cik..pergi seksyen 7 tak?
Si pemandu teks i: hmm..berapa orang? (tanpa memandang tuan blog) 
Tuan blog : (cis pakcik ni,tau la saya ni tak cantik,kalau ye pun pandang le masa cakap dengan orang,tak mesra pelanggan langsung) 4 orang pakcik.
Si pemandu teksi : hmm boleh.

Selepas itu,tuan blog panggil la kawan2 sebab pakcik tu boleh hantar ke destinasi kitaorang. tapi masa tu kami  ni berebut2 nak duduk di belakang sebab ramai yang kata pakcik teksi di sini gatal2..opss

Pas tu nak tau apa jadi? pakcik tu sound kiteorang. gila kentang pakcik ni.

Si pemandu teksi : ha..kalau korang nak berebut2 duduk belakang,keluar! pergi cari teksi lain.lagi satu,lain kali kalau nak naik teksi ni,panggil aku abang!

Ok.OMG.abang? hey..pakcik dah tua ok..dah sebaya dengan umur ayah kitaorang, ada hati nak suruh panggil abang. gelilah!

Pastu kitaorang terus keluar dari teksi tu.pelajar2 lain pelik sebab kitaorang dah siap duduk dalam teksi tu,tapi kitaorang keluar balik. ok lepas tu sumpah tak nak naik dah teksi kenari ni. huh! 



3 comments:

  1. hahaha...panggil ja abang, mn laa tau leh dpt diskaun. grrrr

    ReplyDelete
  2. hahaha...rela jalan kaki dari kena pgl pakcik tu abg..grrrr

    ReplyDelete
  3. biasa le teksi UMNO.. ada lagi ke bila selangor PR pegang..>?
    ni artikel 2003 http://www.malaysiakini.com/letters/25911

    ReplyDelete