Friday, May 6, 2011

bukan senang nak kahwin.


betul.sekarang bukan perkara yang mudah untuk kahwin. nak membina masjid,banyak perkara yang kita kena fikir,kena jaga. nak kahwin bukan semudah beli baju. nampak cantik, sedap mata memaandang .duit cukup.jalan.kalau semudah ini,ramai pasangan yang diluar sana sah jadi suami isteri. tak timbul  isu kahwin lari,mengandung anak luar nikah,buang anak, bla bla bla.

tapi bila difikir - fikir balik, isu kahwin ni tak lah sesukar mana, cuma minda masyarakat sekarang yang memandang bakal pasangan dari segi status,kekayaan dan sebagainya. tak de duit,tak de status, tak de harta. reject!. mungkin sesetengahnya begini tapi selebihnya tidak.

mungkin boleh juga  diterima akal masyarakat sekarang memilih status, pangkat dan sebagainya untuk menjamin masa depan mereka seiring dengan arus ekonomi negara. sekarang pun harga barang pun banyak naik, so kos untuk kahwin tu agak tinggi 

isu hantaran. memang sekarang masyarakat memilih duit hantaran yang agak tinggi. paling minimum pum RM 10000! sangat kesian bagi pasangan yang terpaksa berhutang sana sini untuk buatkan majlis perkahwinan mereka kelihatan grand, tapi kehidupan selepas kahwin terbeban dengan isu hutang yang terpaksa dilangsaikan.

jadi kesimpulannya disini,bukan senang nak kahwin jika perspektif masyarakat masih  tetap begini. jadi buatlah sekadar yang termampu. bukan harta kekayaan yang jadi jalan untuk manggapai kebahagiaan dalam perkahwinan, tapi biarlah islam itu yang menjadi tiang. menjadi aras untuk saling bertanggaungjawab antara satu sama lain.



No comments:

Post a Comment