Wednesday, December 21, 2011

Pesanan Dari Adik Adik

assalamualaikum..

Sekarang ni Nody sedang menikmati hari hari bahagia setelah bertungkus lumuskan diri menyiapkan esaimen esaimen yang beratur panjang menunggu giliran . Setelah beberapa hari tunggang terbalik sehingga agak kekebasan bontot duduk menyiapkan esaimen , akhirnya muncul juga hari yang indah ini..Wahhh..bahagianya! 

Kenapa Nody bahagia kemain macam esok nak kahwin lari pulak ni kan? Sebenarnya Nody bahagia dengan kehabisannya kelas untuk semester ini, bolehla Nody bersuka ria mengonlinekan diri mengadap laptop sampai lebam biji mata. Dan lagi satu, alangkah bahagianya Nody apabila tibanya masa untuk balik ke kampung halaman tercinta hati dan jiwa . Tapi yang agak mengecewakan jantung Nody apabila adik adik membuat pesanan mengikut gelora hati mereka yang membuak buak.

Tengah syok syok tergolek terlentang ala ala renang berirama membelek facebook,datang 1 mesej.

Adik 1 : "kakngah,hang balik ek? kite nak beg 1,nak bawak pergi sekolah.pilih yang lawa lawa tau..beli tau,jangan kedekut!

Belum pun sempat balas, datang lagi 1 mesej yang merengek rengek mintak penampar .

Adik 2: "kakngah,hang jadi balik tak?balik bila? kite nak contact lens tau,nak warna biru,yang takde power,hang belikan tau,warne die nak yang terang tau..tau tau..tau...

Ok lagi satu mesej datang dari adik juga

Adik 3: kakngah,kat sana selendang murah tak? kite nak.beli warne yang kite takde lagi kat rumah ni,pilih yang cantik cantik tau,lagi satu,kite pun nak beg jugak,jangan beli same macam syima pulakk..

Ha amacam?
Ada rasa tak macam yang Nody rasa? rasa apa? Nody rasa bahagialah sebab confirm confirm Nody perlu membawa beg balik kampung yang besar gedabak mengalahkan badan Nody yang kurus kering mintak ditambah isi ni. kalau nak bawak beg kecik omel omel mestilah tak muat nak isi kiriman kiriman bahagia dari adik adik kesayangan Nody ni. maka dengan ini,akan terkedek kedek itiklah Nody bawak beg besar besar naik bas.-.-''

Nak belikan ke tak nak ni? kalau tak beli kang ketiga tiga adik ni merajuk sampai panjat pokok manggis belakang rumah yang sedang berbuah. kalau beli pulak,agak agak cukup ke duit Nody yang tinggal sekangkang kera dalam bank tu..haish..masalah negara ni.!

Ok bai :)

nota : Nody tengah pikir sambil tangan letak didahi dan mata tertutup.langsung terus tertidur,esok sambung pikir balek! haishh -.-''

Thursday, December 15, 2011

bedak sejuk teman setia di waktu malam.

assalamualaikum..:)
selamat malam,selamat pagi,
selamatlah semua...thehehe :)

bedak sejuk? 
malam malam?

okey,kedua dua kategori diatas sangatlah sinonim dengan 
GADIS GADIS 

lelaki ada tak pakai bedak sejuk sebelum tidur?
aww *comel sangat*
muahahe :D

tuan belog pong suka sangat pakai bedak sejuk malam malam buta ni..
sejukkk je..
memang la,takkan panas lak,nama pun bedak sejuk,,haiishh! -.-''




bedak sejuk ada banyak jenis.
ada yang jenis cecair,
ada yang jenis bulat bulat,
yang warna cokelat teh susu,
yang putih suci bersih berseri,

tapi mereka berkongsi nama yang sama iaitu bedak sejuk..
ok murid murid..faham?
ape tuan belog merepek ni?




cara nak pakai bedak sejuk senang je,
lepas tenyeh tenyeh muka dengan pencuci muka,bilas la dengan air bersih sampai hilang buih buih sabun kat muka tu.
pastikan bersih betul betul betul.
pastu lap muka.
pastu tenyeh bedak sejuk dengan air.
pastu tempek tempek la kat muka..

kehkeh..:)

pas tu jadi la macam ni.

sumber: encik google yang ohhsem..

haaaa...
jadi tak jadi tak?
kalau tak jadi tu,
salah buat la tu..
pergi buat balik semula.
kehkeh :)

ok bai :)

nota bedak : lepas pakai bedak sejuk nak mimpi abg aaron aziz..muahahuhe..:D

Wednesday, December 14, 2011

movie ikut suka hati hempedu jantung paru paru dan sebagainya.

assalammualaikum...:)

macam biasa datang sini nak update belog sesuka hati.
ok jap.
ini la pertama kali belog ni ade title yang panjang gile..hot tak? hot tak?-.-''

tuan blog baru tengok jadual exam..
wohaa...! 
banyak gap..
yeayyy..!
boleh balik rumah makan durian.
ok xde kena mengena! -.-''

sekarang kita berbicara tentang carta movie(ok,movie dalam bahasa melayu apa haaa? -.-''
sambung balik.


 movie mengikut kesayangan tuan belog mestilah cerita yang aaron aziz berlakon.
muahahehu..:D

 bila tengok ada aaron aziz je yang berlakon,
cepat cepat la duduk bertempek depan tv sambil kunyah kunyah kerepek pisang lebihan kuih raya haji dengan tak de perasaan bersalah mahupun menyalahi ataupun menyalahkan.

kalau masa tu adik adik tengah tengok kartun spogebob squarepants,
umpan lah dia suruh pergi main kejar kejar dengan anak jiran sebelah ke, 
tak pun suruh dia pergi main masak masak ke,
suruh pergi buat kerja sekolah ke (eheemm..baik kan tuan belog ni)

tengok aaron aziz berlakon,
alahai..
kenapa la bukan tuan belog yang jadi heroin nya kan...sadis sangat..
sobsobsob...
ok mula la berangan angan yang indah indah..

                    
ok dah tu je..
ok bai! :)

nota dari abg aaron aziz : klik pada gambar untuk tumbesaran yang lebih cepat. :D 

Sunday, December 11, 2011

Lelaki dan rantai leher.Adakah nampak hebat?

assalamualaikum,
selamat malam ahad..

malas nak buat pendahuluan,agak agak kena tolak tak markah.?
ish..tak pe la kot, 
2 markah je hilang.
haHA.

okeh, kita terus ke isi je lah kan?
korang pernah tengok tak kaum kaum lelaki yang gagah memakai rantai?
apa agaknya yang korang rasa masa tengok diorang?
adakah korang rasa macam nak buat seperti pilihan di bawah?

A) ambik rantai diorang,pastu pakai kat leher korang.
B) pergi kat diorang pastu cakap "abang2,tak hensemlah abang pakai rantai,tolong bukak boleh?
C) lalu kat diorang pastu dalam nada sinis borak dengan kawan sebelah macam ni "eh,orang lelaki boleh ke    pakai rantai?' *sambil mata jeling terkebil kebil pandang diorang*
D)lain-lain______________________(sila isi tempat kosong)

tak kiralah jawapan mana yang korang pilih,
jawapan di atas adalah ibarat anda mintak penampar dari mereka..
kehkehkeh..:)

 tak faham kenapa mereka perlu memakai rantai,
mungkin sebab mereka akan kelihatan seperti hero malaya pujaan gadis gadis.
atau
akan tampak lebih hensem dari aaron aziz pujaan hatiku?
atau juga mungkin
mereka akan merasakan badan mereka nampak berketul ketul padahal realitinya mereka kurus kering macam tuan blog?
erk?
boleh masuk ke jawapan ni?#sigh

apa apa pun pada tuan blog,lelaki yang pakai rantai akan ditolak mentah mentah sebagai calon suami.
walaweh..! ok gatal !
 -.-''

ok bai..:))