Sunday, December 11, 2011

Lelaki dan rantai leher.Adakah nampak hebat?

assalamualaikum,
selamat malam ahad..

malas nak buat pendahuluan,agak agak kena tolak tak markah.?
ish..tak pe la kot, 
2 markah je hilang.
haHA.

okeh, kita terus ke isi je lah kan?
korang pernah tengok tak kaum kaum lelaki yang gagah memakai rantai?
apa agaknya yang korang rasa masa tengok diorang?
adakah korang rasa macam nak buat seperti pilihan di bawah?

A) ambik rantai diorang,pastu pakai kat leher korang.
B) pergi kat diorang pastu cakap "abang2,tak hensemlah abang pakai rantai,tolong bukak boleh?
C) lalu kat diorang pastu dalam nada sinis borak dengan kawan sebelah macam ni "eh,orang lelaki boleh ke    pakai rantai?' *sambil mata jeling terkebil kebil pandang diorang*
D)lain-lain______________________(sila isi tempat kosong)

tak kiralah jawapan mana yang korang pilih,
jawapan di atas adalah ibarat anda mintak penampar dari mereka..
kehkehkeh..:)

 tak faham kenapa mereka perlu memakai rantai,
mungkin sebab mereka akan kelihatan seperti hero malaya pujaan gadis gadis.
atau
akan tampak lebih hensem dari aaron aziz pujaan hatiku?
atau juga mungkin
mereka akan merasakan badan mereka nampak berketul ketul padahal realitinya mereka kurus kering macam tuan blog?
erk?
boleh masuk ke jawapan ni?#sigh

apa apa pun pada tuan blog,lelaki yang pakai rantai akan ditolak mentah mentah sebagai calon suami.
walaweh..! ok gatal !
 -.-''

ok bai..:))




1 comment: