Wednesday, December 21, 2011

Pesanan Dari Adik Adik

assalamualaikum..

Sekarang ni Nody sedang menikmati hari hari bahagia setelah bertungkus lumuskan diri menyiapkan esaimen esaimen yang beratur panjang menunggu giliran . Setelah beberapa hari tunggang terbalik sehingga agak kekebasan bontot duduk menyiapkan esaimen , akhirnya muncul juga hari yang indah ini..Wahhh..bahagianya! 

Kenapa Nody bahagia kemain macam esok nak kahwin lari pulak ni kan? Sebenarnya Nody bahagia dengan kehabisannya kelas untuk semester ini, bolehla Nody bersuka ria mengonlinekan diri mengadap laptop sampai lebam biji mata. Dan lagi satu, alangkah bahagianya Nody apabila tibanya masa untuk balik ke kampung halaman tercinta hati dan jiwa . Tapi yang agak mengecewakan jantung Nody apabila adik adik membuat pesanan mengikut gelora hati mereka yang membuak buak.

Tengah syok syok tergolek terlentang ala ala renang berirama membelek facebook,datang 1 mesej.

Adik 1 : "kakngah,hang balik ek? kite nak beg 1,nak bawak pergi sekolah.pilih yang lawa lawa tau..beli tau,jangan kedekut!

Belum pun sempat balas, datang lagi 1 mesej yang merengek rengek mintak penampar .

Adik 2: "kakngah,hang jadi balik tak?balik bila? kite nak contact lens tau,nak warna biru,yang takde power,hang belikan tau,warne die nak yang terang tau..tau tau..tau...

Ok lagi satu mesej datang dari adik juga

Adik 3: kakngah,kat sana selendang murah tak? kite nak.beli warne yang kite takde lagi kat rumah ni,pilih yang cantik cantik tau,lagi satu,kite pun nak beg jugak,jangan beli same macam syima pulakk..

Ha amacam?
Ada rasa tak macam yang Nody rasa? rasa apa? Nody rasa bahagialah sebab confirm confirm Nody perlu membawa beg balik kampung yang besar gedabak mengalahkan badan Nody yang kurus kering mintak ditambah isi ni. kalau nak bawak beg kecik omel omel mestilah tak muat nak isi kiriman kiriman bahagia dari adik adik kesayangan Nody ni. maka dengan ini,akan terkedek kedek itiklah Nody bawak beg besar besar naik bas.-.-''

Nak belikan ke tak nak ni? kalau tak beli kang ketiga tiga adik ni merajuk sampai panjat pokok manggis belakang rumah yang sedang berbuah. kalau beli pulak,agak agak cukup ke duit Nody yang tinggal sekangkang kera dalam bank tu..haish..masalah negara ni.!

Ok bai :)

nota : Nody tengah pikir sambil tangan letak didahi dan mata tertutup.langsung terus tertidur,esok sambung pikir balek! haishh -.-''

5 comments:

  1. terbaekkk.. awak, saya nak inner neck ea!

    ReplyDelete
  2. adushh...bikin pening nih,
    kamuu, nak jugaklah kalau macam tu... sila hntr ke teratai 3 ea??? hahaha

    ReplyDelete
  3. haha..teratai 3 kat ne ek? lupe la..:))

    ReplyDelete