Saturday, May 12, 2012

Pesanan Buat Lelaki.

Assalamualaikum ..,

Tis. Tis. Tis.. Hujan turun  lebat di luar. Membuak buak pulak rasa nak buat nescafe panas. Entry kali ini. agak jiwang . Campur sedih . Pedih. Dadih . Dan pasti menitiskan air mata serta air hidung yang masin. Sila sediakan tisu di sebelah anda. Agak agak dah nak meleleh tu, silalah lap dengan kadar 120 km/j. Takut menitik atas keyboard laptop. Lantas rosak. Kena beli baru.

Awak.
Kita kenal di facebook.
Masa tu kita masih kecil.
Darjah 6 rasanya.

Demand sangat darjah 6 dah ada facebook.
Budak budak sekarang.
Dulu darjah 6.
Main cop cop tiang lagi.
Pergi sekolah stanby pakai seluar trek kat dalam.
Nak main lompat getah.
Dah boring, 
Ajak kawan lelaki main batu seremban. tak pun main cuit duduk.
Tak matang punya pasal.




Awak.
Kita kenal dah lama.
Sekarang kita jumpa balik.
Awak kata awak tak berpunya.
Masih solo, tak ada duet.

Awak layan saya semacam mesra petronas.
Sayang sayang.
Baby baby
Manja manja.

Adatlah manusia awak.
Saya juga punya hati.
Hati saya bawah paru paru.
Dekat dengan jantung.

Punya jiwa. 
Ada ruang kosong yang perlu diisi.
Masa tu,
Punyalah bahagia.
Macam nak lompat lompat bintang macam yang saya buat kat PLKN dulu.
Tiap pagi kena buat.
Penat tau.

Tapi awak.
Pedih. Sedih. Dadih . Nyum nyum sedapnya.
Pedih awak bila dapat tau.

Dengan Mak Jemah Ohsem pakai kain batik singkat pergi kedai awak guna ayat yang sama.
Dengan minah indon rambut blond belakang rumah awak bantai ayat jugak.
Kenapa awak.

Awak ingat cari calon macam mancing ikan ke.
Agak dapat ikan tak comel,
Awak lepas.
Dapat ikan pakai bulu mata pelesu.
Awak makan.

Tapi.
Awak tahu tak.
Sekali terluka. Selamanya terluka.
Walau tiada darah.
Parut tetap ada.

Ingat senang ke nak hilangkan parut.
Parut jerawat saya ni.
Saya tonyoh dengan kulit pisang.
Lambat tau nak hilang.

Paling koman pun kena guna Fair n Lovely.
Tonyoh krim tiap tiap malam.
Dengan harapan.
Esok bangun pagi pagi.
Parut hilang.
Muka cerah berseri seri.
Berkilau kilau.
Kalah emas 916.

Awak. 
Dulu awak kata
Saya satu satunya yang awak ada.
Nak jadikan isteri.
Awak kata.
Tiada orang lain dalam jiwa.
Neelopah pun awak jeling  tutup mata je.

Tapi sekarang?
Mulut awak memang tak boleh pakai.
Buat cuci tandas pun tak hilang kotoran degil.
Lagi melompat lompat bakteria gelak sebab dia tak mati.

Sudah la awak.
Saya doakan awak bahagia dengan pasangan awak.
Cuma nanti.
Bila awak tengah bayar barang kat kaunter.
Tak cukup duit seposen.
Awak jangan cari saya.
Merayu rayu pada saya.
Buat muka kiut kiut ala - ala lisa surirumah

Masa tu.
Maaflah awak.
Saya hanya mampu cakap.
Talk to my hand.
What ever.
Sambil pusing badan 360 darjah.

Babai awak.
Saya sayangkan awak.
Tapi saya tahu.
Allah dah tetapkan jodoh saya.
Cuma lambat atau cepat sahaja.
Saya tunggu cinta saya.

Wednesday, May 9, 2012

Tutorial : Cara Daftar Churp-Churp

Assalamualaikum.

First time buat tutorial ni. Gugup. Cuak .Takut .Gementar. Berdebar - debar semua bergabung. Ok propa sangat -.-. hihi..(gelak bajet comel)

Apa itu churp-churp? Sama macam budak-budak kecik yang masih kurang ketinggian main sorok - sorok..'Cop! Cop! aku jumpe dah kau kat bawah ekzos kereta bapak kau!'.
Bukan yang ni ye sayang sayang semua.

Churp-churp ni boleh buat duit poket tau. Sape  rase poket tu selalu je kering tiap - tiap bulan macam Nody ni boleh la cuba tau. Kadang- kadang earning naik 20 sen pun boleh buat Nody lompat - lompat bintang. 
Se-ro-nok punye pasal.

Ada yang berminat nak daftar? Silakan ikut step- step yang nody tunjuk ni agar korang berada di jalan yang benar. Okay, 1 2 3 mula! 

1) Ok, first korang  KLIK SINI untuk daftar.

2) Pastu, keluar macam ni tak?

Macam biasa, klik image untuk tumbesaran yang luar biasa.

3) Pastu korang klik kat kotak merah tu. Akan dapat yang macam ni kan?


4) Ok, tekan yang kotak merah tu. Pastu keluar macam ni pulak.



5) Ok, klik kotak merah tu. Then tekan Allow mcam gambar kat bawah ni.


6) Pastu tekan kotak merah kat bawah ni.


Ok? jangan berpeluh sangat. tak siap lagi ni..-.-''

7) Then ikut step- step yang ada. Kalau korang tak de twitter,  korang klik skip tau. Then keluar macam ni : 


8) Ok, isi je apa yang kosong tu. Full name tu korang letak nama  yang betul betul ye. Ikut yang dalam ic. Nanti salah tulis, tak dapat nak redeem cheque yang churp-churp bagi.

Jangan lupa, letak nama korang dekal URL tu.

Dah siap semua, korang tekan update. Dan korang bolehlah terus berkempen dengan senang hati bukan main.

Ok, Nody dah berpeluh- peluh upload gambar yang nak loading sampai duatigaenampuluhtujuhratussaat ni. Nak pegi beli aiskem Mak Bedah belakang rumah Pak Usin guna duit earning churp-churp Nody pulak...hihi..(gelak bajet comel lagi)

bye-bye! :)

Wednesday, May 2, 2012

Manusia Sudah Tiada Rasa Simpati.

Assalamualaikum..

Lama dah Nody tak update blog. Dah bersawang - sawang bagai. Fuhhh fuhhhh (tiup habuk sambil kembang lobang hedong)

Kelmarin , eh bukan, kelmarin yang lagi satu, nak sebut apa entah tak tahu. ok sambung - Nody gigih keluar bersendirian keseorangan diri  tanpa ditemani dengan bodyguard - bodyguard hensem bukan main semata - mata nak beli barang makanan yang semakin kehabisan stok. Dalam otak ligat ingat list - list barang yang nak beli. Beli barang laju - laju 120km/j sebab takut hujan turun mengenangkan Nody hanya mampu menaiki seketul motor nouvo yang tidak berbumbung. Kalau hujan, menggigil - gigil bawak motor sambil ketap - ketap gigi tahan sejuk . sadis bukan? -.-

Ok, bukan pasal motor yang nak diceritakan sebenarnya. tapi sebenarnya kann,,

Semalam lepas habis berpeluh - peluh sampai cair makeup disebabkan laju -laju sangat beli barang, sampai kawasan rumah, perut merengek - rengek mintak dibelikan burger ayam yang melimpah - limpah mayonis.
Jadi Nody ikutkan lah kehendak perut ni, sampai je kat sana, dengar orang jerit - jerit macam kena rasuk syaitoon.. nody tinjau - tinjau la, nak tengok apa yang jadi, lepas tu nampak sorang pakcik ni dah berdarah - darah hidung. Rupanya ada sorang mamat melayu yang tangan penuh tatu pukul pak cik ni dengan cota.

Astagfirullah, manalah hati mamat tu, sanggup pukul pakcik tua ..hidung berdarah, dahi bengkak, kena pukul dengan cincin batu si mamat bedebah lagi tak hensem tuh . Kalau Nody ada kuasa Sailormoon dengan kuasa bulan akan menghukummu! , memang mamat tu dah kena campak dekat landasan keretapi. Tapi apakan daya, Nody cuma seorang wanita yang bertubuh kering tak cukup berat.. sobs..sobs..sobs...


Kenapa la sampai jadi macam tu manusia zaman sekarang. dah kurang rasa hormat, kurang rasa simpati . sedih  :(