Saturday, May 12, 2012

Pesanan Buat Lelaki.

Assalamualaikum ..,

Tis. Tis. Tis.. Hujan turun  lebat di luar. Membuak buak pulak rasa nak buat nescafe panas. Entry kali ini. agak jiwang . Campur sedih . Pedih. Dadih . Dan pasti menitiskan air mata serta air hidung yang masin. Sila sediakan tisu di sebelah anda. Agak agak dah nak meleleh tu, silalah lap dengan kadar 120 km/j. Takut menitik atas keyboard laptop. Lantas rosak. Kena beli baru.

Awak.
Kita kenal di facebook.
Masa tu kita masih kecil.
Darjah 6 rasanya.

Demand sangat darjah 6 dah ada facebook.
Budak budak sekarang.
Dulu darjah 6.
Main cop cop tiang lagi.
Pergi sekolah stanby pakai seluar trek kat dalam.
Nak main lompat getah.
Dah boring, 
Ajak kawan lelaki main batu seremban. tak pun main cuit duduk.
Tak matang punya pasal.




Awak.
Kita kenal dah lama.
Sekarang kita jumpa balik.
Awak kata awak tak berpunya.
Masih solo, tak ada duet.

Awak layan saya semacam mesra petronas.
Sayang sayang.
Baby baby
Manja manja.

Adatlah manusia awak.
Saya juga punya hati.
Hati saya bawah paru paru.
Dekat dengan jantung.

Punya jiwa. 
Ada ruang kosong yang perlu diisi.
Masa tu,
Punyalah bahagia.
Macam nak lompat lompat bintang macam yang saya buat kat PLKN dulu.
Tiap pagi kena buat.
Penat tau.

Tapi awak.
Pedih. Sedih. Dadih . Nyum nyum sedapnya.
Pedih awak bila dapat tau.

Dengan Mak Jemah Ohsem pakai kain batik singkat pergi kedai awak guna ayat yang sama.
Dengan minah indon rambut blond belakang rumah awak bantai ayat jugak.
Kenapa awak.

Awak ingat cari calon macam mancing ikan ke.
Agak dapat ikan tak comel,
Awak lepas.
Dapat ikan pakai bulu mata pelesu.
Awak makan.

Tapi.
Awak tahu tak.
Sekali terluka. Selamanya terluka.
Walau tiada darah.
Parut tetap ada.

Ingat senang ke nak hilangkan parut.
Parut jerawat saya ni.
Saya tonyoh dengan kulit pisang.
Lambat tau nak hilang.

Paling koman pun kena guna Fair n Lovely.
Tonyoh krim tiap tiap malam.
Dengan harapan.
Esok bangun pagi pagi.
Parut hilang.
Muka cerah berseri seri.
Berkilau kilau.
Kalah emas 916.

Awak. 
Dulu awak kata
Saya satu satunya yang awak ada.
Nak jadikan isteri.
Awak kata.
Tiada orang lain dalam jiwa.
Neelopah pun awak jeling  tutup mata je.

Tapi sekarang?
Mulut awak memang tak boleh pakai.
Buat cuci tandas pun tak hilang kotoran degil.
Lagi melompat lompat bakteria gelak sebab dia tak mati.

Sudah la awak.
Saya doakan awak bahagia dengan pasangan awak.
Cuma nanti.
Bila awak tengah bayar barang kat kaunter.
Tak cukup duit seposen.
Awak jangan cari saya.
Merayu rayu pada saya.
Buat muka kiut kiut ala - ala lisa surirumah

Masa tu.
Maaflah awak.
Saya hanya mampu cakap.
Talk to my hand.
What ever.
Sambil pusing badan 360 darjah.

Babai awak.
Saya sayangkan awak.
Tapi saya tahu.
Allah dah tetapkan jodoh saya.
Cuma lambat atau cepat sahaja.
Saya tunggu cinta saya.

No comments:

Post a Comment