Tuesday, June 26, 2012

Belum Masanya

Assalammualaikum.

Apa ketidakmasukakal Nody buat entry malam malam buta dekat nak pagi ni? Adakah sebab mengigau ketika tidur lantas bangun  terus on laptop untuk menaip entry baru? Tak tak. Nody belum tidur lagi sebab keterlanjuran meneguk 5 cawan kopi tanpa rasa bersalah. Kan dah menyebabkan mata ni mula mengeluarkan lingkaran hitam. Dah tak comel. Cehh!

Sebenarnya tak ada apa pun dalam otak ni. Tapi tiba tiba terlintas selaju angin nak update blog yang berketul ketul habuk sebab ditinggal lama. Bukan apa, Nody sibuk menyibukkan diri siapkan thesis. Markah tu!

Pernah tak korang rasa  cemburu tak pasal pasal dengan orang lain yang berjaya  dalam hidup.
Bukan cemburu  yang negatif. Ni cemburu yang positif. Kadang kadang kita guna cara yang sama untuk berjaya, tapi rezeki belum ada pada kita. Pernah tak?

Nody pernah rasa macam ni, seronok tengok orang lain berjaya,. Dapat pegang duit berguni guni. Dapat melancong sana sini lepas tu upload gambar kat facebook.Haha. Dapat kerja yang best best. Then bila ikut langkah langkah orang yang berjaya ni, ianya tak jadi pada Nody. Tipula kalau Nody kata Nody tak sedih dengan semua ni. Hari hari nangis dalam almari baju.

Nody muhasabah diri, mungkin ada apa apa salah Nody pada-Nya  dan Nody fikir belum rezeki Nody. Ya, Belum masanya.

Terima kasih sudi baca :)

Tuesday, June 19, 2012

Tak Boleh Follow!

Assalammualaikum...

Pagi pagi on laptop dengan nawaitu nak follow balik blogger blogger yang join segmen Nody, tapi hampa jantung Nody bila keluar gambar macam ni.

klik untuk kepuasan mata anda

Tak tahu mana salah silap Nody, dah clear cookies semua bagai dah, siap hantar laptop pergi format lagi *tipu
Bukak guna mozila pun sama, dengan hampa hati, Nody tutup balik blog, pergi dapur buat milo panas sebab lapar, tapi sempat lagi update entry ni.
Mudah mudahan dengan harapan setinggi gunung, kejap lagi boleh la nody nak follow. 

Terima kasih sudi baca :)

Sunday, June 17, 2012

Segmen Blogwalking Dan Follow

Assalammualaikum. 

Tengah Nody sibuk kira kambing biri biri sebelum tidur, teringin pulak nak buat segmen, So nody on balik laptop yang 9035672 minit nak loading ni, sempat lagi Nody pergi balik Jakarta bersama Nouvo Nody yang hensem tu. 'Jangan kutuk, nanti rosak terus baru tau' kata laptop kepada Nody. -.-

Ok. Nody mempersembahkan.....
   Tak cantik tak bermakna Nody malas. Ini seni namanya.

Ya! segmen blogwalking dan follow! Syaratnya senang saja :

1) Tempek/tampal/gam gambar kat atas ni di entry anda yang bertajuk Segmen Blogwalking Dan Follow |    Nody Yana dan linkkan ke entry ni.
2) Follow blog Nody, klik SINI ( tiada paksaan mahupun ugutan )
3) Follow twitter Nody, klik SINI (tiada paksaan mahupun ugutan )
4) Dah siap? Hantarkan link entry anda di ruangan komen.

Setiap penyertaan akan Nody buatkan satu entry list blogger supaya senang nak follow.

Tarikh Tutup: 30 JUN 2012

Terima kasih sudi baca :)

Saturday, June 16, 2012

Tak Bangun, Kena Simbah Air Panas.

Assalammualaikum..

Pagi pagi lepas bangun tidur, perkara pertama yang Nody buat adalah on laptop kesayangan ni. Bukan apa, laptop  ni memerlukan 6765373926 minit untuk di on, walaupun lepas Nody mandi , masih  loading lagi.

Kalau orang lain dah buang dah laptop ni dari tingkat 88, tak pun bagi makan kat buaya buaya Sungai Pahang. Paling koman pun diorang buat lap kaki. Tapi Nody tak. Nody hargai laptop ni,  Dengan adanya beliau, Nody boleh siapkan berjuta juta assignment, berkali kali melawat facebook, tak lupa juga sebagai pengantara untuk mengumpat sana sini. Nody hargai kewujudan beliau. Baik kan Nody? haha

Ok, berbalik pada tajuk, memang tiap hari Nody akan baca sumber  berita untuk tahu isu semasa. Online saja, nak g beli, malas pulak. Bukan apa, Nody memang suka benda benda free ni. Ekeke...
Tengah best godek godek, jumpa pulak berita ni.


 SAKIT...mangsa terlantar di Hospital Miri selepas disimbah air panas.

MIRI: Berang anaknya tetap berdegil tidak mahu bangun daripada tidur selepas dikejutkan beberapa kali, seorang ibu bertindak di luar dugaan apabila menyiram remaja berusia 16 tahun itu dengan air panas dalam kejadian di rumah mereka di Tudan, di sini, semalam.
Akibat kejadian jam 8.30 pagi itu, mangsa yang tidak lagi bersekolah dan bekerja sebagai buruh kasar, melecur teruk di belakang badannya.
Menurut sumber, sebelum kejadian, mangsa sedang tidur di sofa di ruang tamu rumah apabila ibunya yang berusia 47 tahun mengejutkannya supaya segera bangun daripada tidur dan bersiap untuk pergi bekerja.

Sumber : HARIAN METRO


Kesian kan, Nody kalau kena air panas setitik pun, tahan sakit sambil lompat lompat bintang. Sakit-punya-pasal. Ni kan pulak kena satu badan, mau Nody terus shuffle kat situ -.-''

Tapi cara Mak Nody kejut,ok je..Panggil - panggil cam tu je, takde la sampai macam ni. Paling ganas pun mak suruh adik kejutkan. Adik main lompat lompat atas katil je. Haha
Kalau ayah Nody, ape lagi, main keletek keletek kaki la jawabnya. Kalau tak bangun tu tak tau la. 

Nody doakan remaja ni cepat sihat. :)

Terima kasih sudi baca :)

Segmen Cioccolato World | Tambah Follower Blog & Twitter

Assalamualaikum 

Nody join segmen lagi..:)



Nak join? Picit SINI!


Cepat join! Hadiah menarik menanti anda :)
Tarikh tutup 25 JUN 2012

Terima kasih sudi baca :)

Thursday, June 14, 2012

Ketahui Fakta Menarik Tentang PTPTN

Assalammualaikum 

Alhamdulillah, selama Nody belaja, PTPTN yang baik hati menampung dahulu kos pembelajaran Nody, so mula mula nak sambung study tu tak pening nak fikir mana nak cari duit, nak pecah tabung ke, nak pinjam kat sedara mara ke, nak pinjam kat along bukan nak tolong ke.




Apa yang anda tahu mengenai PTPTN? Antaranya adalah :

1) Ptptn adalah akses kepada pengajian tinggi . Maklumat lanjut  KLIK SINI !
2) Pengecualian bayaran balik pinjaman ptptn . 
3) Kompenan sara hidup dalam pinjaman ptptn . 
4) Kerajaan membiayai faedah pinjaman ptptn . 
5) Prestasi bayaran balik pinjaman ptptn . 
6) Sudsidi yuran pengajian ipta . 

Alhamdullillah sekarang Nody pun dah nak habis belajar, jadi sekarang tanggungjawab Nody dah bermula, Untuk bayar semula pinjaman PTPTN, dah kerja nanti boleh bayar sikit sikit. Memang beruntung sangat sebab ptptn takde lah suruh peminjam bayar segedebuk terus, bayar sikit sikit, lama lama habis juga. 

Kepada peminjam peminjam diluar sana, silalah bayar duit pinjaman anda pada PTPTN untuk kebaikan dan kemudahan kepada pelajar yang bakal melanjutkan pelajaran mereka. :)

Terima kasih sudi baca :)

Wednesday, June 13, 2012

Nikon GiveAway By Ieqah Blog Gajah

Assalammualaikum...


Perhatian perhatian, Nody banyak BW hari ni dan Nody tersangkut dengan GA ni! Hadiah sangat vavavommm! NIKON PENDRIVE yang comel. Boleh cucuk dimana mana sekalipun di lubang hidong. haha


Nak join klik banner diatas

Syarat yang dikenakan cuma sambungkan ayat 'saya join nikon giveaway by ieqah blog gajah adalah kerana'

So, nody join Nikon Giveaway by Ieqah Blog Gajah adalah kerana Nody memang nak join la. Boleh?Hhaha. Dan diantara sebab utama yang mendorong Nody menerjah masuk dalam GA ni adalah kerana Nody ingin mengenali dengan lebih dekat lagi blogger blogger yang Nody baru nak kenal kenal. Tak kira lelaki atau perempuan. Yang lelaki pulak, mana la tau boleh buat jodoh.*haha. Tak lupa juga, hadiahnya yang super duper triple menggugat jiwa. Hihi.

Boleh KLIK SINI kalau anda nak menghendap senarai hadiah.

Terima kasih sudi baca :)

Segmen : Mari Berhijab

Assalammualaikum, hari ni rajin jalan jalan. So terjumpa segmen. Terus rasa nak join :)


Nak join? klik SINI

Nama : Nody Yana
Warna :  Warna RGB(166,77,121)
TAG : NANA


Terima kasih sudi baca :) *hugs

Blog Dihack Oleh Hacker Yang Baik.

Assalammualaikum...

Rindu blog! Seronok dapat blog ni balik walau blog ni taklah semenggah blog Yuyu zulaikha mahupun Nisa Kay. :)

Nak jadi cerita kalau tak silap malam ahad minggu lepas, Nody gigih nak wat entry baru, tapi tiba tiba Nody kena sign in semula,bila sign in, keluar la gambar yang agak agak ganas Harimau Malaya ni.

klik untuk tumbesaran mendadak



Sambil garu garu hidung , Nody selambe dekk je la baca apa yang hacker ni cakap. Ikut segala arahan sambil tahan nangis, sedih woo blog kena hack, rasa macam orang rampas boyfriend kesayangan pun ade.

Lepas tu bermula la sesi pujuk memujuk, rayu merayu, goda menggoda untuk dapatkan balik blog  Nody ni. Ingat senang ke? Ada tempoh kuarantin lagi. Seminggu lepas tu baru dapat. Sedih tak terkata. Mandi ingat blog, Makan ingat blog, Basuh baju ingat blog, Bawak moto pun ingat blog. Sadis sangat.

Tapi apa pun nak ucap terima kasih sangat kat diorang sebab tak mencabul kehormatan blog Nody ni. Haha
So kepada blogger blogger sekalian, jaga blog anda sebaik mungkin dan password blog tu buatla yang agak agak selamat dunia dan akhirat sikit, panjang berjela sampai ke rumah sebelah pun takpe asalkan tidak dapat dihack. Haha


Terima kasih sudi baca :)

SEGMEN : Blogwalking & Follow

Tadi jalan jalan, nampak pulak segmen ni, terus terasa membuak buak nak join..hehe

sebelum klik pada gambar, follow sini dulu tau! thanks! *hugs

cara nak join, korang klik pada gambar dan tinggalkan link entry anda di SINI

Terima kasih sudi baca :)

Saturday, June 9, 2012

Apabila Semua Pertanyaan Bermula Dengan 'Bila'

Assalamualaikum...

Entry ni  penuh dengan persoalan, harap korang jangan stress bace entry ni tau tau tau..:) hug!

Yelah, dalam hidup tak lari dengan persoalan, kalau takde soalan. Tak wujud la cikgu cikgu kat doonia ni, sebab kat cikgu cikgu ni la tempat anak murid nak tanya soalan, kadang kadang yang tak masuk akal macam 'cikgu dah kawen' 'cikgu pakai bulu mate pelesu cap ape?' 'berapa ringgit cikgu beli contact lens ni?' *jauh menyimpang

Tapi kalau soalan yang bermula dengan bila ni agak susah la nak jawab, kadang kadang rimas, tapi kadang kadang best, rasa macam orang ambil berat pasal kita..Tapi bila pertanyaan ni meleret, susah jugak kan..

Bila kita belajar, orang tanya bila nak masuk U,
Bila dah masuk U, orang tanya bila nak grad,
Bila dah grad, orang tanya bila nak kerja,
Bila dah kerja, orang tanya bila nak kawen,
Bila dah kawen, orang tanya bila nak dapat anak,
Bila dah dapat anak, orang tanya bila nak dapat menantu,
Bila dapat menantu, orang tanya bila nak dapat cucu,

Ha, kan pening nak jawab tu...


Terima kasih sudi baca :) hugs! 

First Giveaway by Alia


assalamualaikum...
Jom join GA ni! :)





SYARAT-SYARAT :

  • Buat satu entry mengenai giveaway ini.
  • Letak banner di atas pada entry dan link kan banner dengan entry ini.
  • Tag 2 orang rakan dan pastikan mereka tahu.
  • Follow blogshop ini untuk mengetahui perkembangan lebih lanjut :)
  • Like fanpage Alia's Blogshop.
  • Letak link entry di comment bukan link blog
TAG :  NANA
           MALIN

JOM JOIN! 
Tarikh tutup  :24 Jun 2012

Versi Update Laju Laju..


Nody pemalas.! update blog 2 3 bulan sekali, haiyoo. tapi nak update versi laju,ringkas tapi padat lagi mampat. korang pun kena baca laju laju ade ke orang baca?

1 : Nody Makin Kurus

Macam biasa nak cakap Nody makin kurus + kering..banyak cacing lah dalam perut ni...macam mana nak bunuh haaa? lagi satu kebelakangan ni nafsu makan dah kurang,tak membuak buak macam dulu. Kalau dulu tengok makanan je melahap tak kira masa, lagi lagi kalau makanan tu free. haha

2 : Jerawat Makin Naik

Jerawat makin naik mencurah curah ke ladang gandum..terbaik lah..terima kasih jerawat kerana menceriakan hari hari saya! nak sepak laju2..

3 : Minggu Ni Kerja Lepak

Ni paling best, minggu ni pergi kerja lepak je siap sempat nak korek hidung lalu pintal pintal kat meja kawan sebelah *sigh

4: Motor Sakit

Ni yang tak best, Nody ada seketul motor je, hujan panas dengan beliau. Suka duka dengan beliau, bila dia sakit, nody rase sedih, ibarat cubit peha kanan, peha kiri rasa sakit. Time nak pergi kerja pulak dia nak sakit. Berpeluh jugak la nak start motor, selalu guna starter je.Sekali tekan dah hidup. Ni kena start guna kaki. Siap boleh perah la baju tu berpeluh punya pasal. Balik kerja pergi bengkel, cek2 tengok ada wayar je yang tercabut. Nasib baik free. Nody memang suka benda free ni. haha

5: Minggu Buat Thesis

Due date dah dekat, sekarang baru datang aura rajin bukan main . Biasa la student ni, last minit baru la nak buat buat rajin. pastu salahkan due date yang awal sangat. -.-


sekarang now nak buat thesis.

terima kasih sudi baca. *hugs