Saturday, June 9, 2012

Apabila Semua Pertanyaan Bermula Dengan 'Bila'

Assalamualaikum...

Entry ni  penuh dengan persoalan, harap korang jangan stress bace entry ni tau tau tau..:) hug!

Yelah, dalam hidup tak lari dengan persoalan, kalau takde soalan. Tak wujud la cikgu cikgu kat doonia ni, sebab kat cikgu cikgu ni la tempat anak murid nak tanya soalan, kadang kadang yang tak masuk akal macam 'cikgu dah kawen' 'cikgu pakai bulu mate pelesu cap ape?' 'berapa ringgit cikgu beli contact lens ni?' *jauh menyimpang

Tapi kalau soalan yang bermula dengan bila ni agak susah la nak jawab, kadang kadang rimas, tapi kadang kadang best, rasa macam orang ambil berat pasal kita..Tapi bila pertanyaan ni meleret, susah jugak kan..

Bila kita belajar, orang tanya bila nak masuk U,
Bila dah masuk U, orang tanya bila nak grad,
Bila dah grad, orang tanya bila nak kerja,
Bila dah kerja, orang tanya bila nak kawen,
Bila dah kawen, orang tanya bila nak dapat anak,
Bila dah dapat anak, orang tanya bila nak dapat menantu,
Bila dapat menantu, orang tanya bila nak dapat cucu,

Ha, kan pening nak jawab tu...


Terima kasih sudi baca :) hugs! 

1 comment:

  1. agaklah.. kadang2 'Bila' tu melambangkan ketidak sabaran kita.. hukhuk.. felik felik... ena pun pernah ditanya sedemikian, "Bila nak kahwin??".. jenuhlah nak cari alasan yg munasabah

    ReplyDelete