Tuesday, June 26, 2012

Belum Masanya

Assalammualaikum.

Apa ketidakmasukakal Nody buat entry malam malam buta dekat nak pagi ni? Adakah sebab mengigau ketika tidur lantas bangun  terus on laptop untuk menaip entry baru? Tak tak. Nody belum tidur lagi sebab keterlanjuran meneguk 5 cawan kopi tanpa rasa bersalah. Kan dah menyebabkan mata ni mula mengeluarkan lingkaran hitam. Dah tak comel. Cehh!

Sebenarnya tak ada apa pun dalam otak ni. Tapi tiba tiba terlintas selaju angin nak update blog yang berketul ketul habuk sebab ditinggal lama. Bukan apa, Nody sibuk menyibukkan diri siapkan thesis. Markah tu!

Pernah tak korang rasa  cemburu tak pasal pasal dengan orang lain yang berjaya  dalam hidup.
Bukan cemburu  yang negatif. Ni cemburu yang positif. Kadang kadang kita guna cara yang sama untuk berjaya, tapi rezeki belum ada pada kita. Pernah tak?

Nody pernah rasa macam ni, seronok tengok orang lain berjaya,. Dapat pegang duit berguni guni. Dapat melancong sana sini lepas tu upload gambar kat facebook.Haha. Dapat kerja yang best best. Then bila ikut langkah langkah orang yang berjaya ni, ianya tak jadi pada Nody. Tipula kalau Nody kata Nody tak sedih dengan semua ni. Hari hari nangis dalam almari baju.

Nody muhasabah diri, mungkin ada apa apa salah Nody pada-Nya  dan Nody fikir belum rezeki Nody. Ya, Belum masanya.

Terima kasih sudi baca :)

7 comments:

  1. Belum masanya lagi Nody nak mecapai pe Nody nak. Kdg2, apa kita nak kita tak dapat arini, tapi dpt esok. Serupa kupu2, dia jadi ulat. rasa nak gila nangis2 dlm kepompong sebab Tuhan jadikan dia ulat. Rupa2nya, ada sebab Dia buat camtu. Si ulat jadi kupu-kupu cantik. Dan dia jadi kupu2 masa musim bunga pula tu. Bayangkan dia jadi kupu2 masa musim luruh, tak best. Haha..

    ReplyDelete
    Replies
    1. mungkin belum masa, insyaallah 1 hari nt, amin :)

      Delete
  2. jgn sedih2.. msty ade hkmah Allah wat cam too

    ReplyDelete