Wednesday, June 13, 2012

Blog Dihack Oleh Hacker Yang Baik.

Assalammualaikum...

Rindu blog! Seronok dapat blog ni balik walau blog ni taklah semenggah blog Yuyu zulaikha mahupun Nisa Kay. :)

Nak jadi cerita kalau tak silap malam ahad minggu lepas, Nody gigih nak wat entry baru, tapi tiba tiba Nody kena sign in semula,bila sign in, keluar la gambar yang agak agak ganas Harimau Malaya ni.

klik untuk tumbesaran mendadak



Sambil garu garu hidung , Nody selambe dekk je la baca apa yang hacker ni cakap. Ikut segala arahan sambil tahan nangis, sedih woo blog kena hack, rasa macam orang rampas boyfriend kesayangan pun ade.

Lepas tu bermula la sesi pujuk memujuk, rayu merayu, goda menggoda untuk dapatkan balik blog  Nody ni. Ingat senang ke? Ada tempoh kuarantin lagi. Seminggu lepas tu baru dapat. Sedih tak terkata. Mandi ingat blog, Makan ingat blog, Basuh baju ingat blog, Bawak moto pun ingat blog. Sadis sangat.

Tapi apa pun nak ucap terima kasih sangat kat diorang sebab tak mencabul kehormatan blog Nody ni. Haha
So kepada blogger blogger sekalian, jaga blog anda sebaik mungkin dan password blog tu buatla yang agak agak selamat dunia dan akhirat sikit, panjang berjela sampai ke rumah sebelah pun takpe asalkan tidak dapat dihack. Haha


Terima kasih sudi baca :)

2 comments:

  1. samelaa, kite pon kne hack ngn dorg jgk, hehe :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hhehe..tu la, nasib baik hackers2 ni baik..hihi :)

      Delete