Saturday, June 16, 2012

Tak Bangun, Kena Simbah Air Panas.

Assalammualaikum..

Pagi pagi lepas bangun tidur, perkara pertama yang Nody buat adalah on laptop kesayangan ni. Bukan apa, laptop  ni memerlukan 6765373926 minit untuk di on, walaupun lepas Nody mandi , masih  loading lagi.

Kalau orang lain dah buang dah laptop ni dari tingkat 88, tak pun bagi makan kat buaya buaya Sungai Pahang. Paling koman pun diorang buat lap kaki. Tapi Nody tak. Nody hargai laptop ni,  Dengan adanya beliau, Nody boleh siapkan berjuta juta assignment, berkali kali melawat facebook, tak lupa juga sebagai pengantara untuk mengumpat sana sini. Nody hargai kewujudan beliau. Baik kan Nody? haha

Ok, berbalik pada tajuk, memang tiap hari Nody akan baca sumber  berita untuk tahu isu semasa. Online saja, nak g beli, malas pulak. Bukan apa, Nody memang suka benda benda free ni. Ekeke...
Tengah best godek godek, jumpa pulak berita ni.


 SAKIT...mangsa terlantar di Hospital Miri selepas disimbah air panas.

MIRI: Berang anaknya tetap berdegil tidak mahu bangun daripada tidur selepas dikejutkan beberapa kali, seorang ibu bertindak di luar dugaan apabila menyiram remaja berusia 16 tahun itu dengan air panas dalam kejadian di rumah mereka di Tudan, di sini, semalam.
Akibat kejadian jam 8.30 pagi itu, mangsa yang tidak lagi bersekolah dan bekerja sebagai buruh kasar, melecur teruk di belakang badannya.
Menurut sumber, sebelum kejadian, mangsa sedang tidur di sofa di ruang tamu rumah apabila ibunya yang berusia 47 tahun mengejutkannya supaya segera bangun daripada tidur dan bersiap untuk pergi bekerja.

Sumber : HARIAN METRO


Kesian kan, Nody kalau kena air panas setitik pun, tahan sakit sambil lompat lompat bintang. Sakit-punya-pasal. Ni kan pulak kena satu badan, mau Nody terus shuffle kat situ -.-''

Tapi cara Mak Nody kejut,ok je..Panggil - panggil cam tu je, takde la sampai macam ni. Paling ganas pun mak suruh adik kejutkan. Adik main lompat lompat atas katil je. Haha
Kalau ayah Nody, ape lagi, main keletek keletek kaki la jawabnya. Kalau tak bangun tu tak tau la. 

Nody doakan remaja ni cepat sihat. :)

Terima kasih sudi baca :)

No comments:

Post a Comment