Saturday, June 9, 2012

Versi Update Laju Laju..


Nody pemalas.! update blog 2 3 bulan sekali, haiyoo. tapi nak update versi laju,ringkas tapi padat lagi mampat. korang pun kena baca laju laju ade ke orang baca?

1 : Nody Makin Kurus

Macam biasa nak cakap Nody makin kurus + kering..banyak cacing lah dalam perut ni...macam mana nak bunuh haaa? lagi satu kebelakangan ni nafsu makan dah kurang,tak membuak buak macam dulu. Kalau dulu tengok makanan je melahap tak kira masa, lagi lagi kalau makanan tu free. haha

2 : Jerawat Makin Naik

Jerawat makin naik mencurah curah ke ladang gandum..terbaik lah..terima kasih jerawat kerana menceriakan hari hari saya! nak sepak laju2..

3 : Minggu Ni Kerja Lepak

Ni paling best, minggu ni pergi kerja lepak je siap sempat nak korek hidung lalu pintal pintal kat meja kawan sebelah *sigh

4: Motor Sakit

Ni yang tak best, Nody ada seketul motor je, hujan panas dengan beliau. Suka duka dengan beliau, bila dia sakit, nody rase sedih, ibarat cubit peha kanan, peha kiri rasa sakit. Time nak pergi kerja pulak dia nak sakit. Berpeluh jugak la nak start motor, selalu guna starter je.Sekali tekan dah hidup. Ni kena start guna kaki. Siap boleh perah la baju tu berpeluh punya pasal. Balik kerja pergi bengkel, cek2 tengok ada wayar je yang tercabut. Nasib baik free. Nody memang suka benda free ni. haha

5: Minggu Buat Thesis

Due date dah dekat, sekarang baru datang aura rajin bukan main . Biasa la student ni, last minit baru la nak buat buat rajin. pastu salahkan due date yang awal sangat. -.-


sekarang now nak buat thesis.

terima kasih sudi baca. *hugs

No comments:

Post a Comment