Saturday, August 11, 2012

Penipuan PrelaunchX?

Assalamualaikum...

Baru baru ni wall Fb Nody penuh dengan kawan kawan yang offer untuk follow diorang masuk program ni. Satu sign up boleh dapat USD100 katanya. Nody cuma tengok sahajalah sebab memang tak berapa ada kekuatan nak follow.. ececehh..



So, Nody try google sebab nak tau apa sebenarnya fungsi program yang baru diperkenalkan ni. Tapi lepas baca sana sini, Nody nampak banyak respon yang negatif. Tapi tak tau la betul ke tidak. Cuma minta untuk berhati hati. Takut kecewa kalau tak dapat apa yang ditawarkan dalam PrelaunchX ni.


Prelaunch ni berfungsi dengan cara meminta kita cari orang untuk sign up secara percuma dan kita akan dapat bonus atau komisen. Ikut la berapa ramai bawah kita. Lagi ramai, lagi banyak komisen. Tapi lepas PrelaunchX lancar website, mungkin bulan 8, pihak mereka mungkin akan minta kita beli barangan yang mereka jual pada harga tertentu.So, orang bawah pun kena beli jugak la kalau nak dapat komisen diorang. Lebih kurang macam login FB dapat RM100 jugak la kot...Oleh itu, jangan terlalu berharap sangat, nanti kecewa di lain hari...



p/s: Hanya sekadar pendapat. :)

Terima kasih sudi baca :)

Friday, August 10, 2012

Kejar publisiti Murahan!

Assalammualaikum...


Beberapa minggu lepas kecoh tentang Sore eyes mc 5 day  di youtube.Ala, yang duck face tahap melapau tuh.  Nody ada la intai intai video tu. Memang macam mintak penampar 100km/j. Tak faham motif dia buat macam tu. Terasa diri comel barangkali. Comel celah mana pun Nody tak tau. Kalau dia buat untuk mencapai tahap kefemesan yang tinggi, memang dah femes pun. Siap ada parody dengan page lagi. Tahniah dik!


Tu baru 1 kes, ni kes yang lagi 1. Panas lagi kes ni. 






Ha, acane tu? Pandelela dapat pingat. Gangsa pun pingat jugak kan? Berani ke idak? haha

Ni lah contoh manusia yang takde semangat kesukanan lansung. Tau nak kutuk je. Entah sukan sekolah pun tak lepas agaknya. Akaun facebook pun dah tutup. Takut lettew...

Terima ksih sudi baca :)

Wednesday, August 8, 2012

Kali Pertama Temuduga Kerja.

Assalammualaikum...

Ya. Setelah 20 lebih tahun Nody hidup, inilah kali pertama Nody temuduga kerja. Sebelum hari temuduga, nebes tu tak payah cakap la. Makan selera berpinggan pinggan, mandi kalau boleh nak  berjam jam, tidur berdengkur dengkur. HAHA.




Haah, serius Nody gelabah bila fikir esoknya nak temuduga. Fikir nak pakai baju apa, nak cakap apa. biasala, kali pertama. Berpeluh peluh jugakla dok fikir. Kita taktau penemuduga tu macam mana kan. Kalau lelaki, mesti fikir muka garang ke, misai melentik ke, tak pun mata galak ke. Kalau perempuan pulak, mesti fikir, ada anak lelaki tak, hensem ke tak..-.-''


Hehe, berbalik pada tajuk utama, Kali pertama Nody interview, memang dapat banyak pengalaman. Bertutur kena lancar. Baju kena formal. Jalan kena  catwalk. ehh.... tak tak. jalan kena penuh rasa confident.
First interview, banyak assessment, kena jawab 60 soalan kalau Nody tak silap. Soalan tu terbahagi pada, english level, IQ level, matematik, isu semasa, listening pun ada. Nody pun jawab la apa yang Nody tau. Lame dah tinggal jawab jawab soalan ni.

Apa yang nody tengok, interviewer ni kebanyakkannya nak tengok confident level kita je, nak tengok cara kita jawab soalan, eye contact. tak de cakap, aaa errr aaa err, maksudnya tak gagap la. hehe.

kalau rajin nanti nody update tips temuduga kerja tau..:')

Terima kasih sudi baca :)

Tuesday, August 7, 2012

Doa Dimurahkan Rezeki.

Assalammualaikum.

Alhamdulillah, dah berapa hari kita menjalankan ibadat puasa tahun ni. :). Macam mana rezeki dalam bulan ramadhan ni? Ok?. Nody buat masa ni, alhamdulillah , masih dikurniakan rezeki oleh-Nya walaupun masih lagi dalam tempoh pengangguran..HehE..

Nody nak kongsi la sikit doa untuk kita amalkan agar dimurahkan rezeki. Tapi jangan la doa banyakbanyak, tapi ibadat yang  lain tak buat pulak kan? Hehe. Ok, Selamat beramal semua. Moga dimurahkan rezeki olehnya. Amin..

"Ya Allah, apabila rezekiku ada di langit, maka turunkanlah, apabila di dalam bumi maka keluarkanlah, apabila di laut maka naikkanlah, apabila jauh maka dekatkanlah, sekiranya dekat maka permudahkanlah, dan sekiranya sedikit maka perbanyakkanlah dan sekiranya sedia banyak maka permudahkanlah untuk mendapatkannya , juga berilah keberkatan terhadap rezeki tersebut dan berikanlah rezeki padaku sebagaimana yang kujangka, dengan rezeki yang halal dan baik, serta banyak lagi keberkatan sehinggakan ku tidak memerlukan sesiapa selain dari-Mu, dan jadikanlah kedua tanganku ini berada di atas dengan suka memberi dan menderma, dan jangan jadikan dua tanganku ini di bawah dengan suka meminta-minta, sesungguhnya Engkau amat berkuasa ke atas setiap sesuatu".

Terima kasih sudi baca :)

Sunday, August 5, 2012

“Jom Masuk Bloglist OGOS Santai Leeza”

Assalammualaikum...
Nody baru je join segmen ni. nak join? KLIK SINI.

P/s: Ni entri paling pendek Nody pernah tulis :D

Terima kasih sudi baca :)

Wednesday, August 1, 2012

Hati Hati Kaum Hawa.

Assalammualaikum  

Entry kali ni serius. Sila baca dengan ketegangan muka yang maksimum.


2 hari lepas, Nody dengan kawan Nody ada urusan penting dekat Petaling Jaya. Sebab tak berani nak cilok cilok rempit pergi sana naik Nouvo Nody yang hensem tu, Maka Nody ambik keputusan drastik untuk nak naik KTM je. Lagipun takut hujan. Cuaca kan tak menentu sekarang. *ini bukan iklan cuaca.


Nak jadi cerita, lepas selesai je urusan penting tu, Nody dengan kawan Nody memang terus nak balik la, nak singgah makan, teringat puasa pulak. Lepas beli tiket, kiteorang lepak lepak tunggu train, sementara tunggu tu, sempat la tangkap tangkap gambar bajet retis kejap. Bukan selalu.


Tengah eksaited tahap melampu main snap snap, Nody perasan ada satu lori ni, berhenti betul betul depan kiteorang. Yang memisahkan kiteorang dengan lori tu hanyalah pagar. Tapi kiteorang duduk membelakangi lori tu la.


Mula mula Nody buat tak tau je. tapi pelik la jugak, kenapa pemandu tu lama berhenti kat belakang kiteorang. So Nody tinjau tinjau la kat lori tu. Terkejut beruk melompat lompat Nody bile tertengok pemandu tu tengah pegang $%&% dia! Sepantas kilat pusing balik muka. Memang waktu tu kami berdua je wanita melayu terakhir kat situ.

Last last kami pecut cari tempat duduk lain. Seram. Orang macam ni pun ada. Dah la bulan puasa. So pada wanita wanita, hati hati la bila tunggu train dekat Taman Dato Harun. Sekian saja saya melaporkan berita.

Terima kasih sudi baca :)

Al kisah Penganggur Part Time.

Assalamualaikum 

Yeh, ada jugak idea datang berlari lari setempat dalam kepala otak Nody ni. Ingatkan dah tepu. Cari-kerja-punya-pasal.
Haah, sekarang Nody dah jadi penganggur separuh masa, dalam bahasa inggerisnya, Part time unemployed.. Hekhek.


Lepas je Nody hantar thesis semester last Nody, maka secara automatiknya Nody jadi penganggur. 
Susah jugak kan nak cari kerja ni. Macam macam Nody google kerja kosong. Hantar resume sana sini.

Lepas jadi penganggur, rutin harian Nody jadi macam ni.

Bangun→Tengok jam →Awal lagi →Tido balik →Bangun →Mandi → Makan →Facebook →Twitter →Metro →Kosmo →Gosip Artis  →Running Man Dah Malam →Tidur ! ! ! !

Best kan? So, jangan lah kerja. *gurau

Tapi takpelah, memandangkan dah nak raya ni. Nody stop dulu la teropong teropong kerja ni. Balik rumah dulu buat kuih raya.

p/s : siapa ada kerja kosong kongsi la dengan Nody. HIHI

Terima kasih sudi baca :)