Wednesday, August 1, 2012

Hati Hati Kaum Hawa.

Assalammualaikum  

Entry kali ni serius. Sila baca dengan ketegangan muka yang maksimum.


2 hari lepas, Nody dengan kawan Nody ada urusan penting dekat Petaling Jaya. Sebab tak berani nak cilok cilok rempit pergi sana naik Nouvo Nody yang hensem tu, Maka Nody ambik keputusan drastik untuk nak naik KTM je. Lagipun takut hujan. Cuaca kan tak menentu sekarang. *ini bukan iklan cuaca.


Nak jadi cerita, lepas selesai je urusan penting tu, Nody dengan kawan Nody memang terus nak balik la, nak singgah makan, teringat puasa pulak. Lepas beli tiket, kiteorang lepak lepak tunggu train, sementara tunggu tu, sempat la tangkap tangkap gambar bajet retis kejap. Bukan selalu.


Tengah eksaited tahap melampu main snap snap, Nody perasan ada satu lori ni, berhenti betul betul depan kiteorang. Yang memisahkan kiteorang dengan lori tu hanyalah pagar. Tapi kiteorang duduk membelakangi lori tu la.


Mula mula Nody buat tak tau je. tapi pelik la jugak, kenapa pemandu tu lama berhenti kat belakang kiteorang. So Nody tinjau tinjau la kat lori tu. Terkejut beruk melompat lompat Nody bile tertengok pemandu tu tengah pegang $%&% dia! Sepantas kilat pusing balik muka. Memang waktu tu kami berdua je wanita melayu terakhir kat situ.

Last last kami pecut cari tempat duduk lain. Seram. Orang macam ni pun ada. Dah la bulan puasa. So pada wanita wanita, hati hati la bila tunggu train dekat Taman Dato Harun. Sekian saja saya melaporkan berita.

Terima kasih sudi baca :)

No comments:

Post a Comment